Siti Nurhaliza - Cindai
Related Siti Nurhaliza Links Siti Nurhaliza Cindai

SITI NURHALIZA


Cindai Lyrics

Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagaimana hendak berhias
Cerminku retak seribu
Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku
Hias cempaka kenangan tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang
Chorus: Hendaklah hendak hendak ku rasa
Ahai sayang
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak ku daya
Ahai sayang
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan ku hiba
Ahai sayang
Derita hati jangan dikenang

Bukanlah bukan bukan ku pinta
Ahai sayang
Merajuk bukan berpanjangan
Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Biduk ku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi
Gurindam lagu bergema takbir
Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati
Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali

Correct these lyrics

Official lyrics powered by

Rate this song (current rating: 1)
12345678910
Meaning to "Cindai" no entries yet
(*) required
(*) required

Characters count : (*) min. 100 characters required